Together We Work For The Community, Together We Progress

28.04.2012- PUTERAMIC NS 'PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT" JERAM PADANG

Friday 12 July 2013

PUTERAMIC NS BERSAMA MIC JERAM PADANG & IPF JERAM PADANG PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT PADA 28.04.2012

AGENSI-AGENSI KERAJAAN YANG TERBABIT UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:-

1.)    Kebajikan – perkhidmatan warga emas, pusat jagaan harian warga emas, unit penyayang warga emas, perkhidmatan anak-anak,

memberi fokus kepada golongan yang tiada tempat tinggal dan memerlukan perlindungan yang boleh ditakrifkan sebagai orang papa.

     2.)   SOCSO – Perkhidmatan Perkeso mengenai kes tuntutan kemalangan, Pencen Ilat,                                                  kekal,  Hilang Upaya Sementara, Faedah orang tanggungan,

     3.)   Jabatan Pendaftaran Negara – Perkhidmatan Kad Pengenalan (biru/merah) , Sijil Lahir, kematian ,         anak angkat, warganegara , perkahwinan , penceraian,
     
      4.)   SuruhanJaya Pilihan Raya – Semakan Daftar mengundi / daftar mengundi

5.)   Kementerian pertanian & industry asas tani - Bertujuan mempromosikan skim-skim pinjaman kerajaan di bawah Agrobank dan kriteria-kriteria yang diperlukan ,mohon lesen/ permit, industry burung walit , subsidi beras  untuk rakyat (SUBUR) , perikanan , pertanian,

6.)    Kementerian perladangan – skim tanaman semula sawit, skim tanaman sawit pekebun kecil, skim diskaun cantas , intensif untuk pengusaha kecil

7.)   Jabatan Veterinar – Skim-skim untuk mendapatkan lembu, kambing atau babi untuk penternakan , lesen import atau eksport daging haiwan

8.)    Biro aduan – membuat aduan tentang infrastruktur atau tentang masalah yang dihadapi

9.)   MyJobs- Pelbagai kerja akan dikemukakan berdasarkan kelayakan pemohon


En.Jeeva Kumar (timb.bendahari PuteraMIC Negeri Sembilan) dengan  En.Dineshwaran (Ketua PuteraMIC Negeri Sembilan) memberi bantuan kepada warga tua tentang penukaran IC merah.




Pendaftaran bergerak oleh JPN Malaysia – untuk memohon IC baru,tukar ic merah,sijil kelahiran dan kewarganegaraan.En.Dineshwaran (ketua PuteraMIC NS) bersama Ketua IPF Jeram Padang memberi surat kewarganegaraan kepada Pn.Subuletchmy.




Dato T.Rajagopalu (Ketua MIC Negeri Sembilan) telah hadir pada program tersebut untuk memberi bantuan kepada puteramic Negeri Sembilan. Dato telah memberi penjelasan tentang cara-cara hendak memohon untuk kewarganegaraan dan pinjaman kewangan untuk menjalankan perniagaan.


YB.VS.Mogan merangkap Adun Jeram Padang selaku ahli EXCO Kerajaan Negeri Sembilan telah turun padang bersama PuteraMIC Negeri Sembilan. YB juga telah membiayai setengah kos untuk program ini. 

Terima Kasih juga Diucapkan Kepada Menteri Besar Negeri Sebilan Y.A.B Mohd Bin Haji Hassan yang selalu menyokong semua program Putera MIC Negeri Sembilan.


News Lembaga Getah Malaysia: http://www.lgm.gov.my/news/bm/berita2012aprpemimpin.htm


Post Comment
Post a Comment